Umrah







Alhamdulillah.

Mecca :)
16 Januari 2014 - 26 Januari 2014




10 hari di tanah suci Mekah.









 saat umur aku makin menghampiri 17 tahun, 

aku diberi kesempatan untuk menunaikan umrah


-




aku sedar, bukan semua orang diberi peluang macam ni.

satu dalam sejuta umat islam yang dapat menunaikan umrah.

inikan lagi di usia semuda ni.


dan mungkin...



mungkin sebab usia aku yang masih muda
hati dan fikiran aku masih belum bersedia.



:-) for more pictures follow us on instagram!




macamana ya nak terangkan….. hmm.


okay macamni,

kau pernah tak.


 rasa takut nak buat baik?






bukan sebab kita taknak.

tapi sebab… fikirkan apa orang sekeliling kita cakap.






Untitled






macamana kalau, aku dah berpeluang pergi Mekah.


tapi bila balik,


lama-kelamaan perangai aku masih tak berubah.

masih lagi pakai tudung tutup buka.

masih lagi acuh tak acuh pasal solat.

masih lagi beri peluang pada hati untuk bercinta.



apa orang sekeliling aku akan fikir?

apa manusia kiri kanan aku akan cakap?



"baik kau tak payah buat umrah kalau macamni"








Sins






ataupun..


kiranya aku diberi hidayah untuk berubah.

dan bila kembali ke kehidupan aku yang sekarang,

aku cuba untuk berubah.


aku mula tweet pasal agama.

aku mula tegur kawan-kawan sama-sama berubah.

aku mula labuhkan tudung.

cara penulisan aku mungkin berubah.



orang-orang sekeliling aku akan cakap


"ek eleh, bajet je nak tweet, post pasal islam lepas balik umrah.
dulu kau pun sama macam aku"




Proud To Be A Muslim :D







hati aku masih lemah.

fikiran aku masih mentah.

aku manusia biasa,  

dan sejujurnya aku kisah. 
aku kisah apa orang nak cerita pasal aku.

goyah keyakinan bila terfikir benda-benda ni.



lionofallah:

Who knows if you will live tomorrow or even the next hour. Don’t procrastinate. Turn to Allah (SWT)









dalam hati aku selalu fikir.

"aku belum cukup baik nak pergi umrah"

tapi itulah beza pemikiran remaja macam aku, dengan dewasa macam mama.






mama kata, 

"mungkin sebab kita tak cukup baik, kita diberi peluang nak pergi Umrah" -mama

<3










opah pula selalu pesan,

"meminta maaf dan memaafkan sebelum kakak jejak tanah suci" -opah

ayat tu betul-betul menusuk hati.





"berapa banyak kali kita perlu memaafkan manusia?"
"sebanyak mana kau mahu kemaafan dari Allah S.W.T"

Astaghfirullah




dalam diam, 



aku senarai nama sorang-sorang manusia yang aku pernah lukakan.

dan senarai lagi nama sorang-sorang yang pernah melukakan aku.




dan ada juga orang-orang yang aku masih belum mampu untuk lupakan kesalahan dia.
aku tak berdendam.


cuma jujur aku kata, aku tak past

"tidak berdendam" itu sama maksud dengan "memaafkan"




Forgiveness ..







mungkin pemikiran aku masih mentah.


belum nampak apa yang ada di tanah suci.

masih lemah iman di dada.




aku cuma mampu berharap.

untuk diberi peluang kuatkan iman,

tingkatkan pahala

dan 

sucikan hati 

sepanjang menghadap Kaa'bah.








Untitled











"10 hari di Makkah di mata seorang gadis berusia 17 tahun"
  
insha'allah that's my next blog post title will be.





metanoia | via Tumblr









dan alhamdulillah, aku diberi peluang menunaikan umrah tahun aku SPM.



and that, is a once in a lifetime opportunity. 



Taqwa~
















p/s: kalau ada yang tengah tunggu #CourageConfess
minta bersabar sampai lepas aku balik dari Umrah.
sorry, masa cuti haritu laptop aku out of wifi. for a month







seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...