world


Untitled

orang kata bila kita cintakan seseorang sangat-sangat, kita akan end up jadikan dia dunia kita. 



aku pernah buat. and it hurts like hell bila dia hilang, dunia kau akan lenyap. sejak tu sekali pun aku tak berani, jadikan seseorang tu terlalu penting sampai dunia aku musnah kalau dia pergi. sebab pernah sekali, dunia aku hancur dan aku tak boleh berdiri langsung. aku belajar dari kesilapan

for a long time, aku tanam dalam hati. bila aku jatuh cinta sekali lagi, aku akan sayang dia seadanya. aku akan cintakan dia cukup untuk takut hilang dia. tapi aku tak akan sayang dia lebih dari diri aku sendiri. aku tak akan cintakan dia lebih dari merayu untuk dia jangan pergi. sebab kalau betul dia sayangkan aku, dia tak akan buat aku hilang hati aku hanya untuk sayangkan dia. sebab kalau betul dia cintakan aku, dia akan stay.

tapi susah untuk jumpa orang macamtu.
sebab tu aku ambil keputusan untuk pastikan betul-betul.

is he worth the pain?


and after a long time, aku jumpa someone yang macamtu. finally

tapi aku lupa, apa yang aku pernah buat dulu. kemungkinan besar orang lain pun akan buat. macamana kalau bila aku dah tak jadikan seseorang itu dunia aku, end up dia pula yang jadikan aku dunia dia?

at first, i was so damn happy. sebab finally, ada orang cintakan aku sebanyak tu. tapi bila that one person jadikan aku dunia dia. dia tolak tepi orang-orang yang penting bagi dia. dia letak aku sorang-sorang. memang bangga, but it was terrifying. mungkin sebab tu aku paksa dia spent time dengan kawan-kawan dia eventho he didn't want to. lama-kelamaan aku sedar, bila seseorang jadikan aku dunia dia. itu benda paling menakutkan dalam hidup aku.

sebab --- macamana kalau satu hari nanti aku yang hancurkan dunia dia? macamana kalau satu hari nanti aku dah tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya dekat dia? macamana kalau.. idk. every single day, i blame my self. aku takut untuk jadi macam orang yang sama hancurkan dunia aku dulu. aku tahu perit nak bangun semula tu macamana. aku taknak buat orang yang aku sayang, rasa pedih macamtu.


paling penting, aku taknak jadi orang yang hancurkan dunia orang lain. 



it's funny how the world works. kenapa aku tak jumpa dia sebelum aku ambil langkah untuk berjaga-jaga? macamana kalau aku jumpa dia masa aku belum tahu how hurt it is bila jadikan seseorang itu dunia aku? dan dalam masa yang sama, dia pun jadikan aku dunia dia. how happy would we be.

tapi hidup semua tentang pengajaran. mungkin ada hikmah kenapa aku dah tak berani buat macamtu. dan realitinya, aku jumpa dia lepas aku dah sedar. so that's why. i don't want to be anybody's world. aku cuma nak masuk dan kenal dunia seseorang. nak jadi salah seorang dalam dunia dia. bukan dunia dia. sebab ada kemungkinan, aku akan hancurkan duani dia. like tonight

Untitled

sebanyak mana aku takut untuk disakiti, sebanyak tu aku takut untuk menyakiti. please understand

betul lah kata orang. bila kita pernah dilukai, kita tak akan sama dah.i know it's not fair. aku tahu bukan salah dia. salah masa lepas aku. but my heart was broken once, and it hurts. it really hurted. so please undertsand, kenapa aku ambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan.








seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...