District 21



it was a last minute plan i called up my boyfriend & bestfriend ajak pergi District 21. somehow, that unplanned moment was magical & yeah... extremely terrifying! kira worth it lah beli 3 tiket for RM165 and free 1. Rasanya buat masa sekarang ada promotion so if siapa yang minat benda benda extreme macamni go ahead and go to IOI CITY MALL. but for those yang rasa gayat terlampau macam aku, i warn you. please don't. hampir gugur jantung aku naik benda-benda dalam tu.




masa tengah lompat atas trampolin, elpin can't control himself so he ran & jumped langsung lupa aku. aku lompat sorang-sorang but i can't pause or stop so i ended up terjatuh.. wait no. more like tersembam lebih tepat. it hurted so damn much sampai lebam tepi mata hahahahaha aduh sumpah sakit. tapi masih control ayu so i got up and pretend tak ada apa tapi sampai habis aku tak jejak dah trampolin tu. serik bro serik hahaha





okay so, aku lupa apa nama permainan ni but it's the main attraction. aku nyaris pengsan dekat atas tu sumpah bukan bawak main benda-benda ni. paling seronok, crew-crew yang ada dekat situ semua sporting, outgoing & yeah... suka buli orang.  masa kaki aku menggigil tengah melangkah slow-slow dekat atas jaring tu i got stucked so i asked one of the crew 

"abang, nak pijak mana ni?"

and he said

"berpijaklah kamu di dunia yang nyata dik"

ya allah boleh aku bantai gelak dekat atas tu. i was really reaaaaaally scared back then. setiap check point aku menjerit and nearly cried and those crew was like
"lari dik!"

"tengok bawah! uish takutnya kalau jatuh boleh pecah pale tu"

"jalan itik sikit, takpun lompat bintang baru ada feel"


never once in my life aku rasa kena buli lagi teruk dari semalam.

first check point kau kena melangkah slow-slow thru dinding jaring warna biru. dekat situ scary sebab kau hanya boleh berpaut dekat jaring jaring tu je & palang besi tempat kau pijak tak ada lah tebal mana. elpin dah pergi dulu & aku follow dari belakang. tapi dia dah sampai checkpoint ke tiga aku still tak lepas lagi aduh hahaha.

second check point paling scary. tali dia nipis & palang besi tempat kau pijak boleh ayun-ayun macam buaian. nak dekat-dekat habis tu kau macam kena mendaki sikit so nak taknak kau kena lompat sebab kaki kau memang akan terslide jatuh kalau kau slow. 

fifth check point kau kena masuk dalam gelung jaring. kalau kau pandang bawah memang rasa macam tengah baring atas udara. 

seventh checkpoint kau kena hayun tin yang boleh muat sebelah kaki je & lompat ke tin yang lagi satu. masa ni aku terus stuck & abang yang suka buli aku tu datang betul betul depan aku konon nak rescue lah. tapi boleh pulak dia buat bodoh suruh aku usaha sendiri. bila aku dah jerit-jerit atas tu dengan senyuman dia kata 

"abang tolong bagi adik sokongan moral lah ni"

ada 10 checkpoint yang kau kena lengkapkan. no turning back. 



but it was really fun hahahahaha.



last game kitorang main was power station. semua dalam tu kebanyakannya wall climbing tapi banyak pilihan. as for me paling best wall climbing glow-in-the-dark. it was the easiest and tak ada orang boleh nampak sebab dalam tu kau sorang-sorang and it was dark in there. elpin main lawan wall climbing dengan adi & i don't know which one of them yang menang haha.




bila dah turun aku terus berlari dekat tempat paling bawah sekali. masa tengah beli air crew-crew dekat situ semua tegur

"eh, adik ni yang menjerit-jerit dekat atas tadi kan? betul lah! baju belang-belang ni lah!"

lebih 4 orang tegur aku sebab kenal warna baju aku. so that must mean semua orang yang ada dekat bawah tengok aku perbodohkan diri sendiri dekat atas tu. dammit but i don't care anymore it was damn scary lah sia hahaha. 



had dinner at McD with elpin & mina before we head back home. it was almost 2AM baru dapat masuk rumah tidur. either way, memang tak dapat dilupakan everything that happened that day.




paling terharu bila my boyfriend said "rasa macam ada adik beradik keluar dengan family awak semalam" i almost cried when he said that sebab dia anak tunggal. dammit i love him so much haha. i'm glad bila dia tried his best nak rapat dengan my family & my little cousins. eventho he left me behind most of the time sebab adik-adik aku selalu curi dia but it's a really sweet thing to feel. bila boyfriend kau get along with your family macamtu.







seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...